Photobucket
MARI KITA SAMA-SAMA BERMUHASABAH DIRI
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka.
RENUNGAN
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).
PERANGSANG
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah
MUHASABAH
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
PERANGSANG
Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari
HIKMAH
Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.
KENALI DIRI
Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya
MUHASABAH
Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah
KENALI DIRI
Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain cangalah
MOTIVASI
Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal
KENALI DIRI
Orang yang serba kekurangan, kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
KENALI KENGKAWAN
Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia
BAGI TAU LA KENGKAWAN SEMUA klik !! bawah ni..
Free Tell A Friend from Bravenet.com PESAN RASUL sebarlah walaupun sepotong AYAT untuk kebaikan BERSAMA
MOTIVASI
Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan
KENALI
Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.
KENALI DIRI
Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain
PERTUKARAN BLOG
Wednesday, November 26, 2008
untuk makluman semua.. blog ana telah diberi wajah baru dan alamat blog pun telah ditukarkan demi mecerminkan lg diri ana secara peribadi.. postingnya adalah dari idea ana sendiri jesteru itu komen dari kenkawan semua amat di alu-alukan..klik DISINI utk melihat blog ana yg baru..
NURKILAN by jihankaya@yahoo.com or {faiz} UNTUK KENGKAWAN SEMUA,baca!! jangan tengok je..nanti BUTA HATI pulak. @ 11/26/2008 08:56:00 PM   0 hantar komen(comments) anda disini
Salam Kembali..
Friday, June 27, 2008
Assalamualaikum semua, maaf kerana dah lama tak post ilmu untuk dikongsi kepada Kengkawan semua, sebenarnya ana banyak kerja yang perlu diuruskan, sejak terlibat dalam penulisan ebook online bussines. Bagi kengkawan di grapesnasyid maaf kerana dah lama tak melepak disana..
Sebenarnya tujuan ana tulis posting ini kerana ana hendak maklumkan bagi kengkawan yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan secara online yang mudah, disini ana ada cadangan yang mudah untuk dipraktikan dan terbukti berkesan. cara pertama ana guna ialah melalui lelongan barang seperti EBAY dan LELONG, cara kedua mengiklankan produk orang lain diblog kita dan cara yang ketiga ana buat ialah google adsense dan Nuffnang.
Ketiga-tiga cara ini ternyata menambah pendapatan ana oleh itu ana ingin kongsi ilmu yang ada sedikit ini kepada kengkawan yang berminat nak tambah pandapatan, tak kira anda seorang pelajar atau yang telah berkerja yang penting anda ada daya usaha untuk tambah pendapatan, jika berminat sila email apa yang anda ingin tahu contohnya jika berminat nak tahu tentang lelongan di ebay (tentang EBAY) ana akan send maklumat tentang ebay dalam bentuk ebook (PDF), ana akan usahakan secepat mungkin hantar maklumat tu kepada anda. Harap anda akan bersabar jika lambat dapat email dari ana.. oleh kerana harga minyak dah naik RM 2.70 maka pembelanjaan harian pun meningkat nak takk dak kita kena cari side income bagi orang yang makan gaji la, apa-apa pun jika berminat email kan kepada ana..
Ana coma bagi idea je.. usaha atas diri anda.. buka diari tengok pembelanjaan bulan ni.. jika perlu bertindak.. ok selamat berjimat cermat..
NURKILAN by jihankaya@yahoo.com or {faiz} UNTUK KENGKAWAN SEMUA,baca!! jangan tengok je..nanti BUTA HATI pulak. @ 6/27/2008 10:09:00 AM   1 hantar komen(comments) anda disini
rahsia PEMAKANAN cendekiawan ISLAM
Friday, December 14, 2007

Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU

    • Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
    • Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
    • Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
    • Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
    • Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

KISMIS
-Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
-Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

SUSU SEGAR
-Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
-Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
-Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
-Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan
merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
-Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.

  • Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
  • Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
  • Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
  • Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

HALIA

  • Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

LIMAU OREN

  • Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
  • Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

DAGING BURUNG MERPATI

  • Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
  • Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya

DAGING AYAM

  • Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
  • Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

DAGING BIRI-BIRI

  • Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

HATI

  • Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG

  • Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
  • Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM

  • Untuk meningkatkan kecerdasan.

KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar)

  • Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula

BUNGA KUBIS

  • Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

BUNGA CENGKIH

  • Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

LABU

  • Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

  • Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI

  • Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.
NURKILAN by jihankaya@yahoo.com or {faiz} UNTUK KENGKAWAN SEMUA,baca!! jangan tengok je..nanti BUTA HATI pulak. @ 12/14/2007 09:07:00 PM   1 hantar komen(comments) anda disini
TENTANG DIRIKU INI
IQfaiz4u: jihankaya@yahoo.com or {faiz} UNTUK KENGKAWAN SEMUA,baca!! jangan tengok je..nanti BUTA HATI pulak.
See my complete profile
UNDI TOP BLOG
Ukhwah.com :: Top Blog
SENARAI NURKILAN
GERAKAN
HIKMAH
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau PERBUATAN itu tidak merosakkan JIWA,Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia JIWA.
kenalan & komentar

DENGAN KERJA SAMA

Free Blogger Templates

BLOGGER

JUMLAH PELAYAR yang telah melayari BLOG HAMBA INI
MARI KITA UNDI !!JANGAN TAK UNDI
ceramah pilihan UNTUK renungan bersama
MUHASABAHLAH DIRI KERANA MATI ITU BENAR !!! AZAB NERAKA ITU BENAR !!! NIKMAT SYURGA ITU BENAR !!!
© 2007 TEMAN MUHASABAH MASA Laa nii.. HAK CIPTA faiz@L*MYsungaipetai or jihankaya@yahoo.com &Isnaini Dot Com