Photobucket
MARI KITA SAMA-SAMA BERMUHASABAH DIRI
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka.
RENUNGAN
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).
PERANGSANG
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah
MUHASABAH
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
PERANGSANG
Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari
HIKMAH
Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.
KENALI DIRI
Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya
MUHASABAH
Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah
KENALI DIRI
Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain cangalah
MOTIVASI
Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal
KENALI DIRI
Orang yang serba kekurangan, kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
KENALI KENGKAWAN
Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia
BAGI TAU LA KENGKAWAN SEMUA klik !! bawah ni..
Free Tell A Friend from Bravenet.com PESAN RASUL sebarlah walaupun sepotong AYAT untuk kebaikan BERSAMA
MOTIVASI
Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan
KENALI
Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.
KENALI DIRI
Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain
berDO'A lah KITA sebelum KITA memerlukan DO'A
Thursday, June 14, 2007
Doa adalah satu ibadah. ia merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib. dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t. Sebagagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.


*Takrif Doa


Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada Alllah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu


**Tujuan Dan Adab Berdoa


Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut.
* Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah S.W.T.
* Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
* Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana ( tidak terlalu laju).
* Doa dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
* Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T


***Tempat Berdoa


Tempat yang diharuskan berdoa antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan seperti masjid, dewan, madrasah, rumah kediaman dan tempat terbuka (seperti padang).
Manakala yang tidak diharuskan berdoa ialah di tempat yang terdapat patung manusia atau haiwan, gambar-gambar atau lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak Islam.
Begitu juga di tempat-tempat yang mengandungi acara atau aktiviti yang berunsur maksiat, ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang seumpa dengannya.
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiDoa/SenaraiDoa.htm


layarilah web diatas ini untuk mendapatkan koleksi doa-doa harian.. semoga amalan kehid
upan kita menjadi lebih bermakna..


NURKILAN by jihankaya@yahoo.com or {faiz} UNTUK KENGKAWAN SEMUA,baca!! jangan tengok je..nanti BUTA HATI pulak. @ 6/14/2007 03:33:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
TENTANG DIRIKU INI
IQfaiz4u: jihankaya@yahoo.com or {faiz} UNTUK KENGKAWAN SEMUA,baca!! jangan tengok je..nanti BUTA HATI pulak.
See my complete profile
UNDI TOP BLOG
Ukhwah.com :: Top Blog
SENARAI NURKILAN
GERAKAN
HIKMAH
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau PERBUATAN itu tidak merosakkan JIWA,Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia JIWA.
kenalan & komentar

DENGAN KERJA SAMA

Free Blogger Templates

BLOGGER

JUMLAH PELAYAR yang telah melayari BLOG HAMBA INI
MARI KITA UNDI !!JANGAN TAK UNDI
ceramah pilihan UNTUK renungan bersama
MUHASABAHLAH DIRI KERANA MATI ITU BENAR !!! AZAB NERAKA ITU BENAR !!! NIKMAT SYURGA ITU BENAR !!!
© 2007 TEMAN MUHASABAH MASA Laa nii.. HAK CIPTA faiz@L*MYsungaipetai or jihankaya@yahoo.com &Isnaini Dot Com