Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka.
RENUNGAN
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).
PERANGSANG
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah
MUHASABAH
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
PERANGSANG
Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari
HIKMAH
Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.
KENALI DIRI
Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya
MUHASABAH
Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah
KENALI DIRI
Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
belum kecapi kejayaan yang orang lain cangalah
MOTIVASI
Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
yang gagal terus gagal
KENALI DIRI
Orang yang serba kekurangan, kurang mengetahui kelemahan
dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas
apa yang berlaku
KENALI KENGKAWAN
Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
yang berlidah manusia
BAGI TAU LA KENGKAWAN SEMUA klik !! bawah ni..
PESAN RASUL sebarlah walaupun sepotong AYAT untuk kebaikan BERSAMA
MOTIVASI
Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya
kecacatan atau kekurangan
KENALI
Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.
KENALI DIRI
Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain
Wednesday, March 21, 2007
SABDA NABI Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya ,”ALLAH swt. akan memberikan naugan kepada tujuh golongan manusia pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan ALLAH: Iman (pemimpin) yang adil Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah ALLAH Seseorang yang hatinya terpaut di masjid Dua orang yang saling mengasihi kerana ALLAH; mereka berkumpul kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH Seorng lelaki yang dirayu untuk berbuat keji oleh seorang wanita yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata lembut,”Aku takut kepada ALLAH” Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan oleh tangan kanannya Seorang yang mengingat ALLAH waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya” (HADIS SAHIH BUKHARI/MUSLIM)
Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Qatadah r.a katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “ ALLAH s.w.t telah berfirman, Aku telah berjanji dengan diriKU bahawa sesiapa yang menjaga solahnya tepat pada maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga.Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solahnya,Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya”
(Riwayat iman Abu Daud, Ibnu Majah dll)
NURKILAN by jihankaya@yahoo.com or {faiz} UNTUK KENGKAWAN SEMUA,baca!! jangan tengok je..nanti BUTA HATI pulak. @ 3/21/2007 01:49:00 PM
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau PERBUATAN itu tidak merosakkan JIWA,Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia JIWA.